CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 23 August 2011

sebab-sebab lelaki sukakan wanita..

1. Wanita tetap wangi walaupun hanya bersyampu.
2. Cara mereka mmelentukkan kepala di atas bahu lelaki.
3. Comelnya mereka ketika tidur.
4. Betapa kemasnya badan mereka di dalam rangkulan lelaki (cuba bandingkan dengan memeluk seseorang lelaki, janggalkan ?)
5. Sedang makan pun nampak comel.
6. Saat anda dicium, segalanya bertukar indah dan mengikut kehendaknya.
7. Walaupun mengambil masa berjam - jam untuk bersiap, hasilnya memberangsangkan.
8. Sejuk macam mana pun, badan mereka tetap hangat.
9. Apa yang di pakai, mereka tetap kelihatan anggun.
10. Pandai mengumpan pujian walaupun dia tahu dirinya memang paling cantik disitu.
11. Masa bertengkar pun nampak cantik.
12. Ketika tangannya merayap menyentuh tangan anda.
13. Cara dia tersenyum.
14. Perasaan anda ketika melihat nombornya di skrin telefon setelah bergaduh besar.
15. Cara dia menuturkan, "Kita berdamai," walaupun anda yakin sejam selepas itu perengkaran pasti tercetus lagi.
16. Cara dia membalas jasa anda dengan ciuman.
17. Cara dia mencium anda setelah anda mengatakan "Aku mencintai mu!"
18. Ahh! Sebenarnya apapun alasan anda, ciuman seorang wanita memang menyentuh gelora perasaan.
19. Syahdunya, ketika dia menangis dan badannya terjelepok di pangkuan anda.
20. Kemudian caranya meminta maaf setelah mengakui kesilapan kerana menangisi sesuatu yang ****h.
21. Cubitan dan tamparannya yang kononnya menyakitkan anda.
22. Dan meminta maaf bila dirasakan terlalu kuat (selalunya anda tidak mengaku sakit walaupun hakikatnya... perit dan pedih)
23. Cara mereka mengatakan, "Rindukan Abang"
24. Gelora rindu anda terhadapnya.
25. Cara air mata mereka mengalir lemah di pipi menyebabkan anda sanggup berusaha sehabis upaya agar hatinya tidak tergores lagi.

Berapa banyak pun alasan yang diberikan, memang wanita diciptakan untuk dicintai oleh seseorang lelaki. Bagaimana baran, gagah, bengis, pintar, ****h, sempurna atau cacat seseorang lelaki itu, pasti hatinya akan tunduk kepada seseorang wanita (atau lebih) yang paling dicintainya. Tidak ada kajian dan penerangan saintifik yang dapat menerangkan kekuatan kuasa cinta seorang wanita hingga dapat menggoncang dunia. Jika air dari semua lautan di bumi ini dijadikan dakwat dan kertasnya adalah langit, nescaya ia masih belum mencukupi untuk melahirkan perasaan cinta seorang lelaki terhadap wanita. Tetapi ingat, kerana cinta wanita juga lelaki boleh menjadi buta dan dayus !.


ni pun amek dr blog org.. hehehe
yekerrr??? huhuhu

Monday 22 August 2011

Sunday 21 August 2011

kisah sedih T_T

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,



Jam 6.30 petang



Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.



Ayah tanya Along, “Mana Mak?”



Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”



Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”



Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”



Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.





Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"



Ateh menjawab, “Entah.”





Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.



Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.



Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.





Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.



Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"



Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.



Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.



Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.



Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"





Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.



Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.



Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.





Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.



Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.



Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."



Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.



Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.



Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.



Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.



Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.





Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.



Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."



Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.





Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.



Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.





Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.



Beberapa tahun kemudian



Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.



Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.



Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.





Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.





Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.



Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..



Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.



Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,



"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "



Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."



"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..



Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"



Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.



Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

panjang gile kan.. baca smpai abez... sedeh sgt2..
luv u ma.. luv u pa... T_T

Friday 19 August 2011

tips memikat hati lelaki

haha hihi huhu~~ tetiba jak, waktu tgah2 hari buta ni aQ nak post psal benda nie..
adaka patut?? pelik2.. ini untuk pedoman semua wanita2 d luar sana yg kununnya maw memikat hati lelaki.. lets read.. =)

1. sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong terhadap mereka.
2. pandai memasak, adalah ciri2 utama yg lelaki mudah tertarik dgn anda.
3.berpewatakan menarik.
4. jujur dan sentiasa merendah dir
5. lakukan apa yg dia suka, bkn apa yg dia x suka.
6. lelaki suka wanita yang suka berterus terang drpd yg menyembunyikan sesuatu.
7. mempunyai tingkah lakuyang baik dan lembut.
8. bijak meyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
9. jangan terlalu sangat mengongkong.
10. ketika berinteraksi dengan mereka, jgn lupa gunakan bahasa tubuh yg anda ketahui seperti mata dan tangan.

inilah antara 10 tips untuk wanita yg ingin memikat hati lelaki.. erm.. ingat senangka maw pikat hati kaum adam d luar 2?? try2 la tips ni k.. SELAMAT MENCUBA...

Monday 15 August 2011

favourite song.. erm..

tetiba sukak dengan lagu ni, dia punya muzik n lirik sgt2 bagus.. erm.. mlm2 layan tau.. try la dengar, nak sya nyanyi? bole bha.. seringgit 1 lagu.. hehe :p

nak tau lagu apa?? hehe

nera AF8: hatiku milikmu

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

ni ade lirik dia, try la nyanyi sikit2.. hehe


p/s: sebenarnya nera nyanyi x seberapa bez sgt, sya nyanyi lg bezz.. hehe =)

cerita menyayat hati

huhu... dpt kesah ni dr blog org gak, kopi n pes ltak kat sini agr kwn2 bole baca same2 eh.. =)

begini cite dia..

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...


**Sedih sangat nie…sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".

Susuilah anak-anak anda sementara masih mempunyai "masa" di dunia ini...

erm.. thanks ma sebab bg susu dulu.. =)

Tuesday 19 April 2011

indahnya hujung minggu ku

ni dalam bas lg, cian aq duduk kat tgah2 kn...


hari ahad yg lalu.. erm, 17.4.2011 adalh hari yg bhagia utk kmi sekelas (ppismp bmT ipg kent) kerana... kmi pergi berkelah d pantai tanjung aru.. huhu, xda yg trkecuali.. bezzz... awal pg2 jam 7 dah trun tggu bas.. (smangat!!!)

Tuesday 25 January 2011

selasa dtg lg..

selasa oh selasa... ko dtg dn pergi saja dlm hdupQ.. knapa dg slasa??huhu, slasa la ary yg sgt memenatkan bg aq dn sluruh klasQ bm... hri slasa d isi dgn aktviti sukan yg trlampauuu penat..
pagi2 jm 6 sdh jog kliling ip dlm 3 round la gi2... sambung dgn klas pjk dlm 3 jam.. huh!! rehat sbentar, ada klas lg.. pd ptang plak, ada lg klas pj lg.. huhu.. n ada gerko permainan.. besalah kn gerko, lari2, lompat2, main2 mesti maw gerak2 punyalah.. maw x maw kna bt jgak kn.. huhu ksian ksian kmi... bju pj dlm 2 kali maw d tkar.. kasut jgn citala, mcm p sawah pd.. akibat keadaan pdang yg.. eeeuuwww, susa maw ckp.. hehhe syukurla adaa.... erm, tp nasib baek rabu adalah hri rehat utk brsukan.. tp tp tp, hri untk klas akademik spanjg masa.. huhu ...
bginlah hdp sbgai sorg plajar kn.. go yathy go!!!

Thursday 20 January 2011

dalam dilema

kenapa aq mcm ni?? perasaan yg aq pling x suka tlah dtg dlm hdup ku.. bencinya..
erm.. ya Allah, brikanla hamba mu ini kekuatan utk menghadapi situasi ini, sesungguhnya aq sgt x fham n mengapa aq d dlm prasaan ini skrg..
aq maw menangis, tp d gagahkn juga dri ini utk mnahan air suci ini dr trus kluar, da x trdaya nk mnahannya.. air suci ini trus mengalir dr mata kurniaan Ilahi ini.. knapa ka aq?? sowt?? x la, prasaan ini yg mnghantuiku, shinggakn aq x tau apa yg sdang aq taip ni...
prasaan oh prasaan.. cpatla kow pergi, aq hrap slepas bulan mlabuhkan tirainya dn memanggil matahari utk mlaksanakn tugasnya.. prasaan ini segera beredar juga.. aq hrap2 sgt2 la...

Monday 3 January 2011

huhu~~

huh!! bru la aq nak mula mengemas kinikan blog aq ni..
da behabuk x d kunjungi la... cian kan,... sibuk memanjang, pdahal bz dgn Fb jerr...
sory my blog... ada masa yg trlampau seng, bru la maw jenguk, apala aq ni... apa maw ckp yaaa???? tutt.. maw tido la, bsok maw kuliah lg pagi2... mls 2 mmg la kan, tp apakan daya, da trpaksa utk masa dpn aq jgk.. xpa la kan.. huhu.. nitezzz all...