CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 16 January 2012

PBS OH PBS

div style="background:url(IMG_0974.JPG) no-repeat;">
salam ols...
tahun ni sya dan kawan2 seangkatan PISMP tlh melangkah ke alam ijazah. apa yg kami bingungkn sekarang adalah PBS (pengalaman berasaskan sekolah). haaa!! tujuan PBS ni adalah untuk melatih diri kami semua untuk langkah pertama ke sekolah. kira macam berjinak-jinak dengan sekolah dan alam persekolahan la citanya.. jadi kebingungan tlh melanda kedalam diri kami sekelas..
MANA NAK PBS??
kami kononnya nak beramai-ramai kesekolah itu nanti, jadi tak lah kekok sangat di sekolah org kan, adalah teman buat crita2 n gosip2, hehe..
tiba-tiba... kami dengar kuota dia x ble plak p bemalam rmh kawan untuk berPBS, takot2 ada pa pe trjadi xda sapa nak tanggung, maklum lah kami PBS 2 masa kuliah masi.. jadi???
angan-angan tinggal la begitu saja,saya sendiri masi x tau mana nak PBS, bab ada 3 pilihan skola nak pegi.. dah la alamat sekolah PBS 2 nak d submit minggu nie.. haissshhh!!
sekali-skala nak pegi skola org kan, tp takot2 plak xda kawan, mesti boring giler.. dah la yg palingg ulung kat skola 2, buat bodoh je la nanti.. sebab 2 nak ramai2 kat skola 2 nanti..
antara 3 skola nie, mna aq nak pegi yah?? erm...
1. sk muhibbahraya, tawau
2. sk pengalat besar, papar
3. sk pekan, tuaran
tempat yg berbeza, namun tugasnya senang jerr. ambek je maklumat sekolah 2 banyak2 then buat la buku skrap ke hapa ker.. ltak gambar skali, siap la 2..
erm,, tgu je la dlu.. nak fkir banyak2 nak pegi mna untuk ber PBS..

p/s PBS bln 3, tp sistem sibok nak nama skolah 2 sblum cuti CNY nie.. bingung!! bole brubah hati lg dlm 2 bln tau.. huhu

Tuesday, 10 January 2012

satu soalan buat hawa


gambar sebagai hiasan semata - mata

Satu Soalan Buat Hawa.

Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.

Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous.

Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.

Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW.

***

Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?

Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?

Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?

Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?

Baca ni ;

Satu Jawapan Dari Adam.

Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.

Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.

Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?

Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~

“Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT..

wanita solehah… ? ALLAH & ? RASULULAH