CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 16 March 2013

oh bulan mac !!

salam semua.. hari ni tgn ku cukup ringan utk menaip, heeee... terbiasa dgn esaimen la tu, hihi ^_^.. yaa, bulan MAC.. knapa dgn mac?? bln aq rasakan sgt la bz bg aq, ntah la org lain.. bnyak sgt kerja pd masa ini, dan aq rasa bln april juga akn bgitu.. oh hoo.. HARAP TIDAK! tp aq rasa begitu.. huhu.. xda pa maw ckp lg.. ini jak la.. heee, u all nak taw.. tadi kan, aq dia n dia.. sapa?? shiela n peyona, they r my buddies.. pegi KK, so?? hehe, first time dlm tahun ini kami naik city bus, waaaa.. aq jd jakun skit nmpak org bnyak dlm bas tu... hahaha, ksian c lem, balek2 d tnya tmbg dia brapa?? tmbg brapa?? sdgkn mmg city bus mengenakan rm0.50 stiap perjalanan.. hahaha, lg perasaan takut mcmn maw turun sebab ramai org... adeeehhhh,,, seronok2!! jln2, tp dalam sejarah kami jalan jam 11, then pulang jam 5.. wowww!! kami sgt2 berintegriti, heeee... skali skala kluar tem2 bz mcm ni, ndak la jgk tension d asrama kan..  :)
KBAI!!

Wednesday, 30 January 2013

Saya Terpilih

Assalamualaikum semua.. ya,, tgok title la.. Alhamdulillah, akhirnya SAYA TERPILIH.. terpilih apa?? adakan sebelum ni saya post pasal pemilihan JPP utk IPG kami.. ya, saya merupakan salah seorang yang terpilih. sebenarnya ada 26 calon je, dan semuanya dipilih. kira macam rezeki untuk kami la kan.. keputusan x rasmi dah tau hari ahad lalu. n isnin depan merupakan watikah perlantikan untuk kami. saya bersyukur sangat kerana dipilih untuk memegang jawatan naib setiausaha kehormat. saya sangka exco2 biasa jer, tp dah alang2 diberi jawatan ini. insyaAllah saya akan berusaha membangunkan dan menjaga kebajikan semua orang even saya cuma naib s/u.. hehe.. disebalik kejayaan saya ini (kejayaan ke?) hehe, terdapat banyak insan2 yang banyak membantu saya dan menyokong penuh.. mereka adalahh.. 


MY BUDDIES!! hehehe ^^
mereka sangat cool kan, merah menyala gitoo..
peace kiri kanan means no. 22 ( aq punya no tem mengundi)
cayangg kamoo kewtart2!!

my mentor - Puan Zainan Binti Hashim
(tengoklah.. tutor of the year tau) mmg layak!

DAN PENYOKONG SAYA YANG UTAMA ADALAH...

my parents!! En. Ali dan Pn. Latipah~~

mama & abah yg comel & sayang aq  ^^

SAYA SANGAT2 SAYANG ANDA2 SEMUA.. >.<









Belajar Itu Menyeronokkan

Assalamualaikum semua.. ermmm, sya nak ckp apa?? sya cuma maw bgtau yg belajar itu sangat2 menyeronokkan.. jadi jangan berhenti untuk belajar dan terus belajar.. >.<
peaceeee.. ^_^ Y

Wednesday, 16 January 2013

Undilah Saya..



Assalamualaikum... 
Sila lihat gambar di atas, bukan hendak mempromosi diri, tapi ingin membuka mata anda untuk mengundi diri ini masuk ke dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Ipg Kampus Kent.. InsyaAllah, sekiranya saya terpilih saya akan berusaha bersungguh-sungguh menunaikan dan menjalankan tugas yg diberikan dgn telus dan jitu.. sy juga insan biasa yg menginginkn perubahan dan saya pasti ada insan yg ingin mengadu namun tiada saluran utk menyampaikan.. JADI?? sayalah insan itu.. dgn cogan kata saya "anda meluah, saya mendengar" dan insyaAllah semestinya akan bertindak.. saya juga berpegang teguh dgn Visi saya iaitu "jentera dipadu, kreadibiliti berkarisma" menunjukkan bahawa saya bknlah org yg sembarangan, saya berkebolehan dan ada identiti tersendiri..

jadi?? pilihan di tangan anda.. undilah saya calon 22!! terima kasih.. >________<

RENUNGKAN !!!

hari ni aq baca 1 blog seseorg yg membuka mataku.. dan aq rasa korang patut baca utk membukak mata kamu-kamu juga.. (utk bacaan saja, segala ayat2 d bwh aq 'copy n paste' berabis dr blog org itu)


1. Menjanjikan harapan kepada rakyat. Realistik atau tidak semua janji tu, belakang kira. Yang penting buat janji agar rakyat terpedaya.

Antara contoh janji 100 hari yang dibuat oleh Pakatan Pembangkang ialah memberikan imbuhan tambahan sebanyak RM500 sebulan kepada setiap orang guru. Cuba kita buat ilmu hisab mudah. Jumlah guru sekolah rendah di Malaysia menurut statistik Kementerian Pelajaran adalah lebih 180,000 orang. Sekolah menengah pula ada lebih 140,000 orang. Dicampurkan keduanya akan jadi lebih kurang 320,000 orang guru. Jika setiap orang guru diberi imbuhan tambahan sebanyak RM500 sebulan, maka peruntukkan yang diperlukan adalah lebih RM160 juta sebulan. Dan pembangkang terpaksa memperuntukkan hampir RM2 billion setahun hanya untuk membayar imbuhan guru saja. Itu belum lagi dicampur dengan jumlah gaji pokok, insentif, elaun, bonus etc. yang jika dihitung, hampir RM9 billion setahun diperlukan hanya untuk membayar pendapatan guru semata-mata. Bagaimana pula dengan imbuhan pentadbir lainnya di Jabatan Pelajaran? Mereka pasti tidak berpuas hati kerana tidak dinyatakan sebagai penerima imbuhan. Dan berapa banyak pula rizab negara yang perlu dibelanjakan hanya untuk membayar imbuhan kesemua 1.2 juta kakitangan awam? Ini baru cerita bab guru, belum janji-janji yang lain lagi. Bab lain tu anda congaklah sendiri.

Pembangkang sebenarnya hanya ingin mendapatkan sokongan guru-guru kerana mereka tahu guru adalah penjawat awam paling ramai. Jadi apabila guru-guru ini mengundi pembangkang sehingga akhirnya pembangkang mampu memerintah persekutuan, maka pemimpin pembangkang akan memberikan alasan, "Imbuhan tambahan tidak dapat diberikan rentetan kekurangan rizab negara yang telah dihabiskan oleh kerajaan BN sebelumnya. Peruntukan imbuhan kepada guru-guru ini terlalu besar dan rizab negara tidak mampu menanggungnya."

Penyudahnya guru-guru ini akan tertipu sepertimana DAP menipu warga emas dalam manifesto pembangkang di PRU-12 yang lalu dengan menjanjikan elaun RM100 setiap bulan kepada semua warga emas Pulau Pinang. Natijahnya selepas 3 tahun berlalu, warga emas hanya dapat RM100, itupun selepas 2 tahun berlalu dan baru sekali elaun diberikan. 'Dipenjara janji' dan itulah yang akan berlaku kepada guru-guru jika terpedaya dengan Pakatan Pembangkang.

2. Pembangkang akan menyokong parti kawan dalam pakatan walaupun parti itu melakukan kesalahan.

Banyak contoh yang dah pun kita lihat. Antaranya apabila DAP mempertikaikan tulisan jawi, menolak negara Islam, menyuruh memperlahan atau tidak membenarkan azan, menarik balik peraturan agar bangsa Melayu dibenarkan bekerja di premis arak dan hiburan, mencabar Raja Melayu, memperlekehkan kalimah Allah, membuka ladang babi besar-besaran, membina gereja terbesar di dunia di Bukit Jalil, menghina bangsa Melayu, menghina Islam etc., dan orang Islam dalam PAS dan PKR akan senyap kerana takut kehilangan undi serta demi nafsu kepada kuasa. Apa saja silap dan salah, sama ada perbuatan dan tutur kata yang dilakukan oleh salah satu daripada komponen pembangkang, maka pemimpin dari parti lain akan diam seribu bahasa. Berbeza dengan BN, jika parti komponen berkelakuan seperti DAP, maka para penyokong UMNO akan 'membelasah' mereka habis-habisan.

3. Menyerang kerajaan bertubi-tubi dengan mengulang fitnah yang sama agar rakyat simpati kepada pakatan pembangkang.

Perkara yang sering kita dengar dan baca ialah Apco, rasuah, royalti minyak, Teoh Beng Hock, Altantuya...balik-balik Apco, rasuah, royalti minyak, Teoh Beng Hock, Altantuya. Itu sajalah modal mereka. Apabila sesuatu yang tidak benar diulang berkali-kali, maka akhirnya rakyat akan menerima ia sebagai benar. Teknik yang sama digunakan Amerika untuk meruntuhkan kerajaan Soviet Union yang akhirnya berpecah kepada beberapa negara. Itulah permainan Pakatan Pembangkang. Jika kehendak atau tuntutan mereka tidak dilayan, mereka akan mulakan siri demonstrasi. Teknik terbaru kini ialah solat hajat. Kononnya nak cari simpati rakyat dengan menggunakan solat hajat bagi memancing undi. Tuhan pun mereka nak tipu.

4. Cubaan melemahkan institusi asas negara seperti Mahkamah, Polis, SPRM, SPR etc.

Pembangkang secara konsisten akan memperlekehkan institusi-institusi asas negara bagi memastikan rakyat hilang kepercayaan terhadap undang-undang. Institusi yang selama ini dijadikan sandaran oleh rakyat bagi mengekalkan kedaulatan negara telah diserang bertalu-talu sehingga keluhuran perlembagaan mula diragui dan dipertikaikan oleh rakyat. Strategi yang sama pernah digunakan di Iraq sehingga kerajaan Iraq kini menjadi boneka kepada barat. Jika kedaulatan undang-undang yang menjadi asas ketamadunan sesebuah negara itu runtuh, maka mudahlah anasir luar campur tangan dalam menentu corak pentadbiran negara pada masa hadapan.

5. Prinsip keadilan merata, sama rata, sama rasa, depan belakang sama saja. Tetapi realitinya...

Perkara 152 Perlembagaan Singapura menggariskan hak istimewa Melayu yang tidak pernah pun dipinda oleh Kerajaan Singapura sejak dulu. Tetapi realitinya, pemerintah Singapura tidak pun menguatkuasakan Perkara tersebut yang menyebabkan Melayu telah dinafikan hak dalam semua bidang di negara itu. Perlembagaan Malaysia juga memaktubkan hak istimewa Melayu dalam Perkara 153. Namun jika kerajaan Malaysia suatu hari nanti bukan lagi dikuasai oleh bangsa Melayu, maka tidak mustahil nasib Melayu di negara ini akan serupa seperti Melayu di Singapura. Kaum bukan Melayu yang menguasai pentadbiran Malaysia pada masa hadapan mungkin tidak akan meminda Perkara 153, tetapi mereka tetap berkuasa sama ada mahu atau tidak melaksanakannya. Contoh terdekat, sebaik saja ditabalkan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mengumumkan pemansuhan DEB. Itulah yang berlaku kini di Pulau Pinang dan Selangor di mana bangsa Melayu hanya diberikan kontrak di bawah RM100k, berbeza dengan bukan Melayu yang memperolehi kontrak bernilai jutaan ringgit. Rentetan itulah hari ini ramai usahawan Melayu sama ada besar atau sederhana di Penang dan Selangor telah lari ke Melaka dan Johor untuk mencari peluang pasaran baru.

6. Don't talk history.

Jika anda pernah membaca buku teks sejarah sekolah di Singapura, anda akan dapati sejarah yang ditulis hanyalah peristiwa yang berlaku selepas Singapura keluar daripada Malaysia. Maknanya, fakta-fakta sebelum itu, termasuklah peristiwa Singapura menyertai Malaysia tidak akan di ajar kepada generasi muda mereka. Agenda Singapura menafikan sejarah negaranya sendiri kini menjadi ikutan dan strategi pembangkang. Percubaan menulis semula sejarah mengikut perspektif pembangkang sedang giat dijalankan seperti menggelar Melayu sebagai pendatang, termasuk pertikaian kesahihan kontrak sosial yang asalnya dipersetujui oleh semua kaum sebelum merdeka. Strategi pembangkang sangat mudah iaitu, "Leave the past in the past, and enjoy the present of the present."

7. Apa sahaja yang dilakukan kerajaan semuanya tidak betul.

Sudah menjadi trend dikalangan rakyat hari ini terutamanya generasi muda telah diindoktrinasi menjadi anti-establishment. Maknanya apa saja yang dibuat oleh kerajaan, walaupun ianya baik untuk rakyat dan masa depan negara, maka ia akan ditentang habis-habisan. Contohnya kerajaan menggalakkan anak muda menumpukan usaha dan tenaga lebih kepada pelajaran dan bukannya politik, tetapi hasrat kerajaan ini akan dibantah habis-habisan. Kerajaan melarang demonstrasi kerana ia akan memberi impak buruk kepada industri pelancongan serta FDI, tetapi semakin banyak pula demonstrasi dilakukan pembangkang. Kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia bersatu padu, saling hormat menghormati dan cintakan negara, namun pembangkang menggalakkan kebencian sesama rakyat sehingga tergamak memburukkan negara sendiri di luar negara. Itulah antara contoh indoktrinasi pembangkang terhadap generasi muda sehingga mereka hilang pertimbangan dan tidak lagi mampu menilai yang mana baik dan buruk. Maklumat tidak benar akan disumbat ke otak rakyat sebanyak mungkin pada setiap ketika, agar rakyat menjadi bertambah keliru sehingga terbentuk perasaan benci yang meluap-luap terhadap pemerintah.


Sedarlah bahawa parti kedua terbesar yang menguasai Parlimen di Dewan Rakyat hari ini ialah DAP. Berdasarkan perancangan DAP untuk meletakkan calon Melayu di PRU13 bagi mewakili parti mereka, maka tidak mustahil DAP kelak bakal menjadi parti dominan, bukan saja di Dewan Rakyat, bahkan mampu menjadi teraju utama dalam Pakatan Pembangkang. Jika itu berlaku, maka kaum manakah sebenarnya yang akan menguasai Malaysia pada masa hadapan?

Adakah kita sudah benar-benar bersedia ke arah itu?

Thursday, 3 January 2013

first post!

wowowowowo.... nmpaknya aq sdh terlambat nak ucap apy new year kan.. x palah, masi d awal tahun baru ini.. nak mengucpkan lah selamat tahun baru 2013 kpd smua umat manusia.. hehe :P MDH2 HAN AZAM KITA TAHUN NI TRCAPAI.. 
pada tahun 2013 kan.. kan.. ni lah 1st time aq publish somting kat blog nie.. sebulan lebih cuti q yg sangat cool!! serius!! aq jalan2 ja keja... membuang masa dan duit, hehe.. smpai cuti abiz pun nda terasa.. hohoho!!
maw cerita pasal cuti?? nda payah la kan, nda habis 7 hari 7 malam aq bercerita oo.. punya syiok!! tapi ada yg nda syiok, bila pulang jak ke kampus kena kemas bilik angkat2 barang lagik.. sila imagine!! brg2 ku d arad 3 blok B, pegi ke aras 2 blok A... punya jauh kan, brg lagi bkn 2 3 beg... ni kotak aq jak dah 7, TUJUH okay!! haha.. lain lagi beg aq yg besar mcm aq, huhu.. mama q ckp, "punya la bnyak brg mu, apa jak ko isi tu??" haha, aq pun nda tau la.. sebab aq ni jenis yg rajin.. wakaka, rajin la tp nda ingt kesannya kan.. aq letak kotak tu satu2, tudung 1 kotak, kasut, buku dah 2 kotak, beg, baju, barang2 lagik.. hah!! x ke banyak tu?? nasib baik aq d temani konco2 utk mngangkt brg2 tu, kira advane dr org lain lah.. hehe.. tQ, kak Jut, Pipi, Kak Ta, Mama n Echa!! hehe.. kalau nda, pengsan tersungkur jgk aq mengangkt brg2 tu.. hihi :P... ok ok, tu cerita brg2 ku.. mlm pukul 9 lebih gitu bru hbis kemas dan rapi brg q d blk.. nda smpat gmbr penat sgt n HP lobet!! fuhhh.. mandi, makan then aq trus tido sehingga esknya pkol 6 pagi.. heeee..
esok kuliah dah mula dah, even ada yg x dtg lagik... 2 tugasan dah d bagi d hari pertama.. aq org 1 lg ok, memandangkn nama ku yg paling teratas d senarai nama kelas itu.. xpa, aq rela n reDHOO.. :p
ok! 2 hari itu habis gitu jer,, jap aq nak upload gmbr kami d hari ke 2 kuliah, jap la erk.... tido dlu.. babai.. ASSALAMUALAIKUM!! >.<

Saturday, 17 November 2012

sehari jadi blogwalking

Assalamualaikum.. hye..
apa kabar semua, hari ni hari yg sangat damai dan tenang.. punyalah cantik cuaca td pagi, tetiba ja hujan td.. aikk! biasala tuu, musim2 nak cristmas la katakan.. saya xda nak story apa2,, hari ni aq nak sakitkan jari p gerak2 mouse dan tekan2 keypad, almaklumlah.. bosann sangat.. please bawa saya keluar, anyone?? xda! p mampos laa.. (uiiii.. kasaar) hahaha.. xda xda..
nak story yg hari ni aq melayan 3 blog yg aq rasa bnyak pengisian n banyak crita serta gosip.. haha..
ketiga-tiga blog ini berlainan, dan aq layan semua satu2 okay.. lpas satu, satu lagi.. betimbun tab aq bukak kat atas tu.. semua aq dah klik kat blog dorg.. kpala hotak aq pun dah penuh dgn info2 dan ilmu.. cehh!!
meh meh.. cikedout apa blog2 yg aq skodeng tuu.. 

aku stress giler ni blog mmg syok.. story banyak gilerr.. aq heran mcmn la org ni ble update blog dya bnyak dlm sehari erk.. teror tahap gaban org ni.. semua urg sukak tgok blog ni, aq dah follow.. hari2 ade je cita dia, ttg artis la, ttg itula, ini laa.. bukan main.. up to date gitoo.. nice! 

seterusnya, blog akak nie.. Elly in Wonderland.... yerrrr, blog akak ni bnyak kisah2 yg menarik... tp, ttg kisah hidup dya jer, tp mmg cool.. banyak jgk yg dia update.. dia seorg ibu n ada anak 2 klu x silap, tp sgt2 cool.. sya suka cara dia.. sya dpt time tgah cari2 gmbr kat google, trus p klik blog akak nie.. melayan lah smua crita2 dia... try la.. akak ni pun aq dah follow.. heehehee..

and last!! aq baru je follow dlm minggu nie, encik Rahman Imuda.. serius sya sgt tabek dgn empunya blog nie.. blog yg simple, tp sangat bnyak informasi.. tulisan yg sangat lengkap dan padat, sya tekun bila baca blog encik nie.. blog ni lebih kpd keagamaan, yg aq xtau, aq jadi tau bila baca blog nie.. woow! hebak kang?? n lagi 1, yg sya tau empunya blog ni org Tawau.. yeah, 1 kg sya.. dan orgnye agak comel la jugak.. ahaks! mengade!!

ni la antara blog2 yg aq layan hari ni.. x bosann.. tp, mata ku jd kabur2 sebab tgok skrin PC terlalu lama.. lappy c adik pakai, jd aku kena memakai glasses yg hodoh utk aq pakai.. hihi..

ok dah.. penat jd blogwalking ary nie.. babai! salam >.<